Cinta bertanya kepada Hati.. " Kemana kau bawa hatimu?" Namun tiada jawapan.. Lalu Cinta bertanya kepada Perasaan.. " Kemana harusku bawa hatiku sedangkan Hati tiada padaku?" "Perasaan,tidakkah kau tahu akan perasaanku?" Perasaan hanya tunduk membisu.. Sejak hari itu Cinta berjalan sendiri..melangkah tanpa Hati dan Perasaan. Sehingga Cinta disapa oleh satu suara..penuh lembut dan halus suara itu.
" Cinta,kenapa harus kau ratapi pemergian Hati mu?" "Tidakkah kau tahu bahawa Hati yang lain masih mengharap padamu?" "Tidakkah kau sedar itu,Cinta?" "Bukalah matamu Cinta..lihat dunia ciptaanNya ini..Luas..!!" " Biarkan Hati hanyut dengan perasaannya,andai itu mahunya." " Biarkan Perasaan bermain dengan angannya,kerana angan itu pasti akan membunuhnya.."
Cinta tersedar dan suara itu hilang bagai ditiup angin.. Cinta mengucap kesyukuran kerana masih diberi peluang melihat dunia. Terlihat jam ditangan hampir jam 3 pagi. Cinta lantas menuju ke kamar mandi..membersihkan diri.
Cinta duduk sebentar,sambil cuba mentafsir apakah makna mimpi yang baru dialaminya. Lalu Cinta menuju semula ke kamar mandi, mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Tahajjud, menenangkan hatinya...
" Ya Tuhan ku.. berikanlah aku pentunjukMu..mudahkanlah bagi ku segala-galanya..temukanlah ketenangan dihatiku..agar bisa aku lalui hidup ini sebagai wanita,isteri,ibu dan anak yang solehah. Buangkanlah jauh segala bisikan berbisa yang datang dari 'Perasaan' yang benci dan kotor..juga dari 'Hati' yang hina dan menyesatkan.. " AMIN..
Sesungguhnya..demi cinta aku rela berkorban..cinta perlukan pengorbanan!! tapi jangan korbankan segalanya demi cinta. Cinta tak perlu dicari..ia akan datang dengan sendiri. Namun, siapa kita untuk menentukan apa yang bakal kita lalui dalam hidup ini. Kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan.. ada hikmat disebalik yang berlaku.. hidup ini adil.. setiap perbuatan pasti ada pembalasannya.. BILA,DIMANA dan BAGAIMANA..hanya DIA yang Maha Esa arif tentangnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan